Friday, December 16, 2011

MARI BERKENALAN DENGAN GAMELAN

Asal Usul

Gamelan adalah salah satu genre muzik yang amat popular di dunia. Ia dikatakan berasal dari kepulauan Jawa dan Bali di Indonesia. Gamelan sendiri berasal daripada perkataan Jawa Gamĕl yang bermaksud “pukul” atau “tabuh”. Ia bersempena dengan kebanyakan peralatan muzik atau Ricik dari jenis pukulan.

Muzik Gamelan menjelaskan kepercayaan dan perasaan yang mendalam terhadap kehidupan dalam masyarakat Indonesia. Ia selalu dikaitkan dengan upacara ritual kelahiran, perkahwinan dan kematian. Di kampung-kampung Gamelan dimainkan di berandar khas berbentuk 4 segi di hadapan rumah. Berbeza dengan Gamelan yang dimainkan di istana, Gamelan yang dimainkan di kampung adalah lebih mudah – ianya dibuat daripada logam tembaga, kayu dan buluh sahaja.

Secara tradisionalnya Gemalan dimainkan oleh lelaki sahaja. Ianya dimainkan secara berkumpulan, dan tidak ada seorang pun pemain yang kelihatan menonjol dalam sesuatu persembahan.

Gamelan diturunkan ke generasi berikutnya dengan cara peniruan dan ingatan sahaja. Namun hari ini teknik pengajaran yang lebih sistematik telah diujudkan, antaranya dengan penulisan notasi menggunakan huruf dan nombor-nombor sebagai panduan pemain. Namun begitu notasi seperti ini tidak melambangkan bunyi sebenar kerana apa yang dicatat hanyalah melodi asas sahaj. Ianya perlu dianalisis oleh pemain terlebih dahulu sebelum dimainkan. Ini kerana setiap alat dimainkan secara berbeza diantara satu sama lain.

Alat muzik Gamelan dibuat dalam satu set. Ini menyebabkan tiada keselarasan diantara satu set gemelan dengan set gamelan yang lain – dari segi picnya.

Gamelan Di Malaysia

Terdapat 2 jenis gamelan yang terkenal iaitu Gamelan Johor dan Gamelan Terengganu. Kedua-dua gamelan ini berasal dari Jawa Indonesia. Gamelan Johor lebih dekat dengan gamelan asal yang terdapat di Jawa Indonesia. Ia didatangkan bersama penghijrahan kaum Jawa di Indonesia pada abad Ke-14 dan Ke-15. Gamelan Jawa ini terkenal di Johor dan Selangor dimana penempatan kaum Jawa berada.

Gamelan Terengganu dikaitkan dengan muzik istana. Pada mulanya ia dibawa masuk ke Pahang selepas perkahwinan Raja Ahmad (Pahang) pada 1811 dengan puteri dari kerajaan Riau Lingga. Permaisuri Raja Ahmad, membawa set alat dan pemain gamelan dan ia kemudiannya menjadi terkenal di istana Pahang. Gamelan di Pahang menjadi malap selepas kematyian Sultan Ahmad. Puteri Sultan Ahmad membawa gamelan ke Terengganu apabila berkahwin dengan Tengku Zainal Abidin Terengganu. Sejak itu ia menjadi terkenal dan dimainkan dalam istana sahaja.

Tahun 1970an Tan Sri Mubin Shepperd, berjaya membawa keluar muzik ini untuk menjadi muzik yang diterima oleh rakyat kebanyakan. Sejak itu gamelan ini mengalami banyak perubahan dan ianya lebih bercirikan Melayu dan akhirnya juga dikenali sebagai Gamelan Melayu.

Ciri Muzik Gamelan

Setiap lagu / muzik gamelan adalah berdasarkan kepada satu melodi utama. Setiap alat muzik (berpic|) akan memainkan melodi penuh, sebahagian melodi atau variasi kepada melodi utama tersebut. Ini bergantung kepada jenis alat muzik gamelan tersebut. Secara amnya, alat-alat muzik gamelan berfungsi seperti berikut

Nota ini dikhususkan untuk Laras Slendro sahaja.

· Instrumen Balungan

Iaitu instrumen yang memainkan melodi utama sahaja, Contohnya Saron, Bonang, Slanthem dan Gender.

Saron terdiri daripada satu set 6 bilah logam tembaga berat disusun dalam satu oktaf. Bunyinya dihasilkan dengan pukulan malet daripada kayu. Slanthem dan Gander mempunyai pic satu oktaf lebih rendah daripada Saron. Oleh kerana bunyi Saron adalah panjang, maka pemain akan memegang bahagian paling hampir menggunakan tangan kiri untuk menghentikan bunyi yang tidak dikehendaki.

Tedapat 3 istilah yang menunjukkan renj / oktaf dalam muzik gamelan. Istilah Barong merujuk kepada alat yang mempunyai oktaf tengah. Istilah Penerus / Pekin adalah oktaf yang tinggi manakala istilah Demung / Demong untuk oktaf lebih rendah. Contohnya Saron Demung adalah saron yang mempunyai oktaf lebih rendah manakala Saron Pekin adalah Saron yang menghasilkan oktaf pic lebih tinggi.

Terdapat juga sesetengah kumpulan gamelan menggunakan saron daripada buluh atau kayu. Terutama kepada kumpulan yang belum mencapai tahap elit.

· Instrumen Masa / Meter

Melodi asas boleh dibahagikan kepada beberapa frasa muzik. Ini disempadani dengan bunyi alat muzik dalam kumpulan ini. Misalnya satu Gongan adalah menunjukkan satu pusingan lagu 16 bit dalam Lancaran Mlaku. Ia ditandakan dengan satu pukulan Gong. Gong mempunyai pic 6. Dalam satu gongan terdapat pula 4 unit seperti bar dalam muzik barat, ia dinamakan Keteg. Ia ditandakan dengan satu pukulan Kenung.

Satu Gongan

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

1

Kenong

G

G

Kenong

N

N

N

N

N

Ketuk

T

T

T

T

T

T

T

T

Kempul

P

P

P

P

Terdapat satu perbezaan utama dalam sistem kiraan bar dengan Keteg. Dalam notasi barat, bit pertama adalah detik paling berat / kuat manakala dalam sistem Keteg, bit keempat adalah detik yang paling kuat. Jika dinotasikan secara barat, kelihatan seolah detik keempat dalam Keteg adalah merupakan detik pertama bar berikutnya dalam sistem notasi barat.

Alat muzik yang berfungsi mengawal frasa lagu dalam gamelan ialah Gong Agung, Kenung, Ketuk dan Kempul / Gong.

· Instrumen Penerusan

Kumpulan ini akan memainkan melodi utama tetapi menggunakan not yang lebih kecil. Misalnya jika melodi utama memainkan melodi berikut

3 3 2 1 dan seterusnya

maka kumpulan alat muzik penerus akan memainkan

3 3 3 3 2 2 1 1 dan seterusnya

Alat dalam kumpulan ini ialah Gambang dan semua jenis alat yang dirujuk sebagai Penerus atau Pekin. Selain daripada itu, dalam kumpulan gamelan yang besar terdapat juga Celempong (sejenis alat bertali seperti Harp).

Dalam kumpulan muzik yang mahir, pemain akan memainkan variasi kepada melodi utama.

· Instrumen Rentak

Alat yang terpenting memainkan rentak ialah gendang. Terdapat sepasang gendang iaitu Gendang Gending (Gendang Ibu) dan Ketipung (Gendang Anak). Dalam kumpulan gamelan yang lebih besar, Baduk juga ada digunakan.

Kebanyakan notasi alat muzik gamelan menggunakan nombor yang melambangkan picnya. Bagi notasi gendang gamelan, ia menggunakan lambang Mnemonik yang yang melambangkan bunyi gendang. Ia dihasilkan menggunakan teknik-teknik tertentu dalam membuat pukulan gendang.

Alat Muzik dalam Gamelan

Bonang

Bonang terdiri daripada 10 biji gong kecil dibuat daripada tembaga. Ia disusun dalam dua barisan dengan kedudukan pic bersilang seperti rajah berikut

6’

5’

3’

2’

1’’

1’

2

3

5

6

Bonang biasanya akan memainkan melodi. Jika terdapat lebih dari satu bonang maka bolehlah jika sesuai memainkan vairasi bagi melodi. Ini bermakna bonang kedua akan berfungsi sebagai Bonang Penerus.

Slanthĕm

Alat muzik Slanthem berfungsi seperti zailofon. Ia terdiri daripada 7 bilah tembaga disusun seperti berikut

6,

1

2

3

5

6

1’

Satu tiub diletakkan di bawah bilahan tembaga bertindak sebagai peti bunyi yang akan menguatkan bunyi yang dihasilkan daripada bilahan tembaga tersebut. Bunyi ini adalah panjang, ia perlu dihentikan dengan memegang bahagian bilahan menggunakan tangan kiri untuk mematikan bunyi yang tidak lagi diperlukan.

Saron

Saron terdiri daripada 7 bilah tembaga yang disusun seperti Slanthem. Ia diletakkan di atas sebuah binaan seperti sampan. Saron juga menghasilkan bunyi yang panjang oleh itu cara memainkan Saron adalah sama dengan memainkan Slanthem.

Terdapat Saron Barung, Saron Penerus / Pekin dan Saron Demung. Fungsinya adalah sama. Barung akan memainkan melodi asas, Demung akan memainkan melodi asa dengan pic yang lebih rendah manakala Pekin atau Penerus akan memainkan variasi kepada melodi asas.

Kenung

Terdiri daripada 5 gong bersaiz sederhana diletakkan dalam kedudukan huruf “L”. Susunan Kanung adalah seperti berikut

2

3

5

6

1’





Kenung berfungsi sebagai pengawal frasa atau gongan dalam gamelan.

Gong Agung dan Gong Suwukan

Gong Agung adalah alat muzik paling besar dan menghasilkan pic paling rendah dalam kumpulan gamelan. Ia biasanya berpic 6. Gong Suwukan pula berpic 2.

Biasanya hanya seorang pemain akan memainkan Gong Agung, Kempul dan Gong Suwukan.

Dalam satu gongan, Gong Agung akan dipukul sekali sahaja. Ia dinamakan satu Gongan atau satu frasa / seksyen lagu.

Kempul

Terdiri daripada sekumpulan gong disusun 3 5 6 1 yang digantung bersama Gong Agung dan Gong Suwukan

Gambang

Adalah alat seperti Vibrafon, dibuat daripada kayu. Mempunyai 20 bilah disusun mengikut laras Slendro seperti berikut

1,

2,

3,

5,

6,

1

2

3

5

6

1’

2’

3’

5’

6’

1’’

2’’

3’’

5’’

6’’

Ketuk dan Kempyang

Berbentuk seperti Kenung, Ketuk (lebih tinggi bentuknya) dan kempyang (lebih leper) bertindak sebagai pengawal detik / meter sebuah lagu gamelan.

Membaca Skor dan Memainkan Muzik Gamelan

Hanya Melodi Dicatatkan

Kebanyakan skor muzik gamelan hanya mencatatkan melodi utama sahaja. Terdapat juga catatan yang menunjukkan melodi intro lagu. Oleh kerana itu setiap pemain mestilah membuat analisis dan menyesuai notasi berdasarkan alat muzik masing-masing. Biasanya setiap pemain dalam kumpulan gamelan mempunyai pengetahuan dalam memainkan semua alat muzik gamelan.

Pic Dicatatkan Menggunakan Sistem Nombor,

Titik Di Atas / Bawah Nombor Menunjukkan Oktaf

Skor atau notasi muzik Gamelan ditulis menggunakan nombor-nombor dan tanda titik ( kadangkala koma ). Nombor menunjukkan pic manakala tanda titik bermaksud oktaf. Tanda 1’’ menunjukkan pic 1 pada ketinggian dua oktaf.

Tanda Titik Untuk Rehat atau Not Panjang

Tanda titik pada tengah detik menunjukkan rehat atau bunyi panjang dari not sebelumnya. Contohnya

2 . 3 1 bermaksud minim – krocet - krocet.

Not Bernilai Setengah Detik

Not kuaver dicatatkan dengan tanda garisan di bawah dua not-not, contohnya

2 2 3 2 1 bermaksud krocet (2), krocet (2), kuaver(3),

kuaver (2) dan krocet (1)

Pic 7 untuk Not 1 (dan juga sebaliknya)

Namun begitu penulisan ini tidak melambang bunyi yang sebenarnya kerana terdapat beberapa set skel dalam muzik gamelan. Kadangkala penulisan not 1 juga adalah melambangkan not 7 dan begitulah juga sebaliknya.

Tanda Khusus Untuk Alat Tertentu

Selain daripada melodi utama, terdapat juga tanda-tanda untuk menunjukkan frasa (Gongan), antara yang sering digunakan ialah

V

Kempul

Λ

Kenung

O

Gong Bersama Kenung ( nombor melodi dibulatkan)

Kempyang

+

Ketuk

Notasi Gendang

Gendang dibuat secara perlambangan Mnemonik. Berikut adalah perlambangan yang digunakan

t

Pukulan lekat di tepi muka gendang (Bunyi Tak).

p

Pukulan lekat di tepi muka gendang (Bunyi Pak).

b

Pukulan lepas di tepi (bunyi Bung)

Intro / Buka

Melodi intro dimainkan oleh Bonang Barung, dan Gendang.

Hujan Mas

Buka. 7 7 7 5 6 7 2 7 3 7 2 5/5 . 5/5 .

t t p b . p . p

6 5 3 2 6 5 3 2 3 3 2 3 6 5 3 2

7 5 6 7 5 6 7 2 2 7 6 5 6 7 6 5


Analisis Setiap Alat Muzik

Intro / Buka

· Dimainkan oleh Bonang Barung, Gong Agung dan Gendang

· Gendang mula bermain pada Keteg ke-3 (atau detik ke9) dalam Gongan Pembukaan.

· Gong Agung sebagai penanda akan dimainkan pada detik ke-16.

Detik 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16

Bonang Brg . 7 7 7 5 6 7 2 7 3 7 2 5/5 . 5/5 .

Gendang . . . . . . . . t t p b . p . .

Gong Agung . . . . . . . . . . . . . . . O

Gongan Pertama dan Kedua

· Melodi diambil alih oleh Saron Barung dan Sarun Demung

· Saron Penerus / Pekin memainkan melodi dengan gandaan (not kuaver atau lebih kecil)

· Bonang (yang asalnya bermain melodi buka) memainkan kord (yang diambil dari not terakhir dalam setiap Keteg) dengan oktaf. Ia hanya dimainkan pada detik pertama dan detik ketiga sahaja.

· Bonang Penerus akan memainkan kord (not ke4/akhir setiap Keteg) dengan kuaver sebelum dan selepas pada oktaf tinggi, manakala down beat menggunakan oktaf rendah.

· Gambang memainkan melodi dengan not gandaan 4 (semikuaver)

· Kenong dimainkan pada detik ke-4, ia memainkan kord (diambil daripada not ke4 setiap Keteg).

· Kempul memainkan pada detik ke-3, memainkan not melodi detik yang sama dengannya. Pada masa yang sama Gong Agung dimainkan pada pada detik 16 setiap gongan.

· Biasanya adalah lebih mudah memahami analisis dan melihat skor asal daripada membaca melalui skor analisis alat.

Melodi Asal 6 5 3 2 6 5 3 2 3 3 2 3 6 5 3 2

Lancaran 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16

Detik 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

Saron Pekin 6666555533332222666655553333222233333333222233336666555533332222

Saron Penerus 6 6 5 5 3 3 2 2 6 6 5 5 3 3 2 2 3 3 3 3 2 2 3 3 6 6 5 5 3 3 2 2

Saron Barong 6 5 3 2 6 5 3 2 3 3 2 3 6 5 3 2

Saron Demung 6 5 3 2 6 5 3 2 3 3 2 3 6 5 3 2

Bonang Penerus 2 2 2 . 2 2 2 . 2 2 2 . 2 2 2 . 3 3 3 . 3 3 3 . 2 2 2 . 2 2 2 . 2 2 2

Bonang Barung 2/2 . 2/2 . 2/2 . 2/2 . 3/3 . 3/3 . 2/2 . 2/2 .

Kenung . . . 2 . . . 2 . . . 3 . . . 2

Kempul / G. Agung . . . . . 2 . . . 3 . . . 2 . (6)

Ketuk / Kempyang t . t . t . t . t . t . t . t .

Gedang p p p p p b p p p b p p p b p p

Nota : Melodi seksyen korus lagu ini dimainkan dengan analisis yang sama.

Penamat Lagu Penamat lagu dimainkan menggunakan permainan yang sama, tetapi biasanya tempo lagu

akan menjadi semakin lambat dan terdapat sedikit variasi pada permainan gendang. Seperti contoh berikut

Lancaran 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16

Detik 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

Gedang tp . p . p b p . b p . b . pp _____ p

Nota : Analisis di atas adalah berdasarkan tradisi permainan gamelan yang diamalkan di Jawa Tengah


Rujukan

Lindsay, Jenifer (1991) The Javanese Gamelan,

2nd Edition Singapore, Oxford University Press

May, Elizabeth (1980) Music of Many Cultures

Los Angheles University of California Press

Matusky, Patricia (1993) Malaysian Shadow Play and Music

Continuity ofa an Oral Tradition,

Kuala Lumpur, Oxford Press

Matusky, Patricia (1987) Muzik Rakyat Malaysia : Definisi Bentuk dan Fungsi \dalam Muzik dan Puisi Rakyat Malaysia, Kumpulan Kertaskerja Seminar. Ed. Mohd Taib Osman, Kota Kinabalu, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Sabah.

Sachs, Curt (1940) History of Musical Instruments,

New York, WW Norton & Co. Inc.

Tan Sooi Beng (1992) Bangsawan – A Social and Stylistic History of Popular Malay Opera, Singapore Oxford University Press.

Margono Sitir (1994) Ilmu Kerawitan

Nota kursus gamelan di Maktab Perguruan Batu Pahat.

Sharma, Elizabeth (1998) Music Worldwide

Cambridge University Press, London

The New Groove Dictionary of Music & Musicians, Vol.9

McMillan Publisher, London

Malm, WP (1997) Music Culture of the Pasific and Nea East

Prentice Hall, New Jersey.

Tenzer, Micvhael (1991) Balinese Music

Periplus Edition, Singapore

Nett Bruno (ettall) (1997) Excursions in World Music

Prentice Hall, New Jersey.

Nota Kursus YM Raja Azuan Nahar Raja Adnan

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tg Malim.

No comments:

Post a Comment